Kembali ke Masa Silam #Hangout

Assalamualaikum.....

Okey, aku janji nak cerita semula kan kehidupan aku time dulu-dulu. Hamboih, macam lama sangat je. Maksudnya time sebelum SPM lah. Aku nak cerita yang tahun ni sekali je aku hangout dengan kawan-kawan. Yelah, geng-geng yang aku selalu keluar bandar dah pindah. Nak buek acano. So, jarang lah aku keluar.

Aku keluar pun sebab time tu birthday Syafikah Zahari ni. Aku yang ajak diaorang keluar. Yang ikut sekaki dengan aku, Ain, Mira dengan Pikah Zahari. Ain, dengan Mira naik dengan aku sebab ikut jalan yang sama. Kalau Puccah jauh lah sikit.

First memang Syue bukan Ain tapi Syue kata dia segan dengan budak-budak ni. Pastu aku ajak lah Ain. Ain pun on aku pun on je lah. Adik aku pun ada ikut sekali. Dia tu kalau tak menyebok memang tak sah!!! Hahaha.

Kitaorang pergi Marry Brown je pun sebab time tu memang lapar sangat. Sape suruh tak sarapan kan. Sekejap je hangout kitaorang.

Then, kitaorang pergi Book Station. Eh, aku lupa nak kasitau yang kitaorang keluar pergi Bandar Pusat je pun. Eh, jangan taktau yang Bandar Pusat sekarang dah macam Jerantut dah pun. Ha berbalik pada Book Station tu, seriously aku memang taktau yang ada tempat macam tu bagai. Tu pun Mira yang ajak pergi. Kalau tak, memang tak pernah tau lah tempat tu.

Sambil tunggu Puccah datang, kitaorang lepak kat situ. Ain rambang mata sebab banyak gila novel. Aku pun terpaksa tahan nafsu novel aku ni. Kalau tak, dah lama aku beli weh. Banyak gila kot novel kat situ. Tapi sebab memikirkan masa depan, aku tahan je lah. Aku tengok buku-buku cerita yang nipis-nipis je. Kalau aku pegang novel, menggeletar rasa tangan aku. Hahaha nampak sangat menipunya.

Lama lah jugak kitaorang lepak situ. Pastu nak dekat tengah hari kitaorang pun nak balik lah. Sebelum tunggu ayah masing-masing datang, kitaorang pergi Ten Ten ke Big Ten entah lah aku pun tak pasti tapi area situ lah. Saja je masuk situ bukan beli apa pun. Hahaha..

Okey lah aku rasa setakat tu je lah. Next story nanti lah pulak eh. Sebelum tu, aku ada gambar lah jugak nak di muat naikkan.

Dekat Marry Brown.

Kat sini lah tempat kitaorang duduk-duduk sambil membaca.

We...

Ni lah yang kitaorang buat dekat Ten Ten. Haha takda kerja.

Okey dah habis. Wassalam....