Back to my story, yesterday, saya, Aida, Hanim, Fieyqah dan Ieqa pergi keluar Jerantut. Actually, ramai kitaorang ajak tapi ini je yang nak ikut yang lain punya banyak alasan. Takut lah, malaslah, tak rajin lah, last-last memang rugilah sapa yang kitaorang ajak tapi taknak ikut. Nak takut apa, kitakan dah besar.
Sehari sebelum kitaorang nak pergi tu, banyak sangad masalah nya. Antaranya adalah kitaorang taktau nak pergi naik apa. Nak naik bas, tapi Aida pula bermasalh cakap omaknyo tak bagi naik bas lah. Haihh macam-macam hal.
Finally, abah aku yang hantar sampai Jerantut. Ayah Aida ambil kitaorang. KItaorang pergi dalam pukul 9:30 pagi begitu lah. Sampai pula entah lah tak tengok jam pun. Sampai je dekat Jerantut, Aida ajak saya pergi kedai Syarikat Kassim nak cari pashmina baru. Manakala, Hanim dengan Ieqa pula pergi cari topup. Time tu Fieyqah tak sampai lagi. Cari punya cari akhirnya, saya dan Aida dapat satu pashmina. Aida punya warna hitam saya punya warna kelabu campur putih sikit.
Saya punya pashmina lagi cantik dari Aida. Hihihi takda lah joking je. Dua-dua cantik lah tak percaya tanya Aida. Dah dapat pashmina tu tiba-tiba terjumpa pulak cikgu Fauzi tapi nasib baik cikgu tak nampak kitaorang. Afta that, Hanim ajak pergi watsons. Dia nak beli bedak lah. Tapi, saya dengan Ieqa pergi beli topup sebab topup yang diaorang beli tadi takda. Haaa nak tau tak kitaorang beli topup dekat kedai cina tu kena charge 50 sen. Time dia cakap RM5.50 tu saya memang terkejut lah. And then, saya buad muka marah cakap 'haaa nak topup 5 ringgit. Punya
Sementara tunggu Fieyqah tu kitaorang jalan-jalan dekat area-area tu. Jenuh tunggu dia ada lah dalam 10 atau 15 minit gitulah. Lepas tunggu punya tunggu, alhamdulillah sampai jugak dia. Kitaorang nak makan pizza sebenarnya. Tapi, time tu pizza tak buka lagi, soo kitaorang pergi lah taman dekat tepi balai polis tu. Kitaorang tunggu sampai pukul berapa entah lah rasanya dalam pukul 11 lebih kod.
Lepas tu baru lah kitaorang pergi pizza. Kitaorang orang yang second masuk pizza tu. Orang first tu mak salleh mana entah. He3. Kitaorang order lah apa kitaorang nak. Aida yang conduct, yang lain okey je. Kalau dekat pizza sekejap je dapat tapi kalau KFC memang beratur lah. Saya pun tak paham kenapalah ramai sangad suka KFC padahal pizza lagi membuad kan kenyang.
Best tau dapat keluar sama-sama dengan kawan. Satu lagi, ni memang lucu gila lah. Time tu kan ada pinggan ke apa entah jatuh. Hanim lah melatah punya panjang nya. Ieqa cakap ooooo (tak lah kuad sangad), dapat je dekat Hanim 'popopopopopoppopoppooo', kuad gila bhai dia cakap . nasib baik lah takda ramai sangad orang time tu. Kaka yang jaga tu senyum je. Aku dengan Aida tutup muka, malu lah katakan. Aku dengan Aida tak melatah pun. Memang gelak sakan lah . Memang tak boleh dilupakan kejadian tu.
Lepas makan tu, perggghhh memang kenyang lah wa cakap lu. Rasa nak meletup lah ini perut. Kita kan kawan jadi kitaorang pun share-share duit. Hanim ni kaka mithali kan so, dia belikan adik dia pizza. Woaahhaaa baik nya awak Hanim. Lepas tu, kitaorang bercadang nak pergi K-zone tapi lepas dengar cerita Ieqa, terus kitaorang pergi Windbox.
Cuba teka pizza kan dekat bandar lama kan, windbox pulak dekat bandar baru. Nak tau tak kitaorang pergi bandar baru naik apa. Haaa? jalan kaki. Eh! mengarutlah. Kitaorang naik teksi. Time dalam teksi tu memang tak berhenti gelak lah. Nak tau tak napa gelak je time dalam teksi tu. Errr takpa lah biarlah kitaorang je tau betul tak girlss?..
Taxi driver tu turunkan kitaorang dekat depan TF sebab time tu tak rancang pun nak pergi windbox. Lepas tu Hanim beria nak pergi karaoke, saya pun ajak lah diaorang pergi windbox. Walaupun hujan, tapi tetap tabah kan hati nak pergi tempat tu. Sampai je dekat sana, Hanim pula taknak masuk. Saya punya lah pujuk dia. Akhirnya, saya, Ieqa dan Hanim masuk nak tanya berapa harga dia. Aida dengan Fieyqah tunggu luar.
Akhirnya kitaorang pun ambil keputusan untuk berkaraoke jugak. Sapa cakap ramai lelaki haa? Lelaki? Takda kay. Yang jaga counter tu pun perempuan. Pastu, kaka tu bawa kitaorang masuk bilik number 10. Ceh, konon tau lah sangad cara guna remote control tu, padahal hampeh. Last-last panggil kaka tu suruh tunjuk. Now, kitaorang dah tau cara guna tu kayy. Banyak sangad lagu kitaorang nyanyi. You know what, ada lagu korea tapi tak ada translate lah, cuma lagu sorry sorry je ada. Best wooo. Tapi satu jam je pun. Takpa lah next next next week kita minta 2 atau 3 jam yeh babes.
Lepas letih memekak tu, kitaorang pergi Sheng ee. Aida dengan Fieyqah je beli, saya ,Hanim, dan Ieqa tak beli pun. Eh! Aida tu action je lebih padahal tak beli apa-apa pun. After that, kitaorang pergi TF pulak. Saya tak beli apa-apa pun. Diaorang banyak beli cadbury. Time tu Aida call abah dia kata nak balik dah. Lama jugak lah tunggu ayah Aida. Lepas tunggu punya tunggu kitaorang pun balik lah.
Memang penat sampai Ieqa tertido dalam kereta. Tapi penat-penat pun tetap best woo. Kauorang nak tau tak Aida, Hanim Fieyqah dan Ieqa, aku memang enjoy time tu. Kauorang memang sporting ah. Nanti kalau nak pergi lagi ajak aku yeh. Kauorang memang terbaik lah. Okey lah, assalamualaikum <--- baik pula aku yeh. Takda lah, sebenarnya aku terbaca blog sapa entah dia tulis sapa yang cakap bye tu bermaksud celakalah kamu. Lebih baik cakap assalamualaikum kan. Okey lah...
best la .. dpt lefak2 an friends kan .. sapa kata , x da org sudi baca n comment ,, lieya sudi ouh... tp rara mesti la koment2 jugak kat blog lieya keyh ...
ReplyDelete