Merentas Desa dan Hutan.

Assalamualaikum, sihat tak? Dah makan? Minum? Tido? Eh eh, aku dah melalut ni. Ermm, aku teruskan lah eh. Eh kejap!, to Aida,  I miss you a lot. And to Eyka, I miss you too. To hanim, I'm not miss you. Haha, just kidding.

Hari jumaat bersamaan dengan 3 Februari 2012, sekolah aku sekali lagi membuat Kejohanan Merentas Desa. Aku join jugak. Tapi, aku dah set kat otak aku yang aku nak jalan je dengan budak ni. First-2 tu jalan dengan Ieqa, Intan, Pikah Banun, Jenny dan Hanim Azmi. Hanim Zainuddin hampeh, saje buat malas. Padahal penyakit memang tak melekat kat badan dia tu.

Kalau Syue tu ye lah. Ain pun sama. Pastu, cikgu lepas kan perempuan 18 tahun, kitaorang lari lah mula-2. Sampai je depan sekolah rendah, aku malas dah nak lari. Jogging je. Sebabnya aku bawak beg. Jalan punya jalan, terjadi lah peristiwa yang memfobiakan diri aku ni adoi pun.

Ada sorang pelajar tu, aku kenal. Dia kena gangguan. Time tu memang aku dan Jenny yang paling belakang. Masa ada polis rondaan tu cakap kat ustaz 'ustaz, ada pelajar macam kena gangguan', aku dan Jenny cepat-2 lari sebab nak tengok. Tengok-2 je, haa, memang betul 'dia'. Sampai je kat tempat tu, tiba-2 je jantung aku berdegup kencang dan bulu rome aku naik.

Jenny pegang tangan aku. Pastu cikgu-2 kat situ suruh lalu je sebelah dia dan jangan takut-2. Cikgu cakap 'lalu je, lalu je.' Pastu Ustaz Izham dekat dengan budak tu pastu budak tu kata 'jangan dekat, jangan dekat', sambil menangis. Aku memang takut jugak tau tak. Sebelum ni aku tak pernah pun tengok orang kena kacau ni.

Depan mata pulak tu. Sapa suruh cikgu buat dalam hutan. Dari situ lah aku dan Jenny jalan dan tanpa berlari. Orang yang paling last tu. Bangga tak? Pelease lah. Ye lah, kauorang pernah ke? Tak pernah kan. Then, Cikgu Bestamam suruh kitaorang lari. Aku cakap lah kaki aku melecet pastu kalau tak aku boleh lah balik naik moto. Tapi Jenny ada. So, jalan je lah sikit. Pastu, borak-2 lah dengan cikgu. Cikgu cerita lah pasal kawan dia yang ada kaitan dengan meracau ni.

Kalau kita borak-2, memang tak sedar kan dah sampai. Eh!!! silap, memang lah cepat sampai dah aku naik motor. Haha, aku balik naik motor weh, naik motor. Motor je pun. Lain lah kalau naik Lamborghini. Dah dah, aku naik dengan Cikgu Sakinah. Kaki aku melecet lah. Adik aku kata lebam kay, bukan tipu-2. Jalan pun dah macam apa ntah.


To Jenny, sorry aku balik awal sikit. Alaa, kau pun naik motor jugakkan. Masa nak sampai kat sekolah tu, nampak pulak Hanim dan Syue tengah bagi-2 air kat ahli rumah sukan diaorang. Diaorang siap nganjing aku lagi. 'Penat Ira berlari'. Aku cepuk kauorang dua oarng tu karang. Aku pergi lah kat Zana. Ingatkan dapat lah makanan tapi tak pun. Air mineral je. Air aku bawak pun tak minum.

Pastu pergi kantin. Aku jeles rumah merah dapat makanan. Then, teman Jenny makan kat pondok. Lepas siap semua tu, kitaorang pergi Dewan Tekam pulak. OTW ke dewan, nampak pulak si Ain, Syue, Intan, Ieqa, Pikah Banun pulak. Tak nampak pulak Hanim dimana. Diarang cerita pasal si Fatehah Anis tu bawak motor Hanim  masuk ladang. Intan punya beria cakap yang dia sound Fatehah tu.

Aku watlek watpeace je. Haha, then, aku dan Jenny pergi lah masuk dewan tanggal kasut dan masuk-2, bermacam bau-bauan yang terhidu oleh hidungku ini. Pastu, masuk tu borak-2 je sebab cikgu buat penyampai hadiah lambat sikit.

Tunggu punya tunggu, dan akhirnya cikgu nak jugak bagi hadiah kat sapa-2 yang menang lah. Yang aku ingat form 4 yang dapat, ofcourse Nor, G-ha, Wana, Piqah Kadar. Yang tu je aku perasan. Lepas bagi kat semua yang dapat medal tu, Teacher Deeyah yang jadi Miss chair person bagitau kedudukan mata. First kuning, second biru, then HIJAU, last merah. Okey lah tu third place kan.

Lepas siap umumkan semua tu, Cikgu Shuha bagi ucapan sebab dia pindah kat SMK Padang Piol. Dekat je kot. Ada lah yang bagi hadiah. Banyak jugak lah!!. Balik-2 je dari rumah, tempat first aku pergi ke dapur sebab aku tak makan apa-2 pun kat sekolah. Minum air je. Nasib abang aku pandai masak. Nasi goreng je pun.

Gambar sekitar di dalam dewan.

Ain je lah yang comeinya. Huhu...

Ieqa, Syue dan Ain yang tak habis-2 cakap dia comel.

Jenny dan Zana.

Kau kenapa mata ha?? Tak puas hati. 

Hanim Azmi pemalu nak gila. Lainlah kalau takda hidung, barulah malu. Itu je yang sempat sebab malu lah nak tangkap-2 gambar. Camera murah lainlah kalau canon macam Cikgu Faudzi nuh.

Okay lah, nak cerita ni. 31 Januari hari tu bufday abang aku yang second. Khairul Fahmi Che Mat. Eh!! terlebih sudah. Tak lah, nama dia Mohd Khairul Fahmi Bin Mohamad. Saje je cakap cenggitu. Nama nak dekat je kot. Haaa lagi satu nama panggilan Nazmi Faiz omeyy kan 'Nami' kan. Haaa bapak aku dan adik aku panggil abang aku tu 'Nami' jugak. Kira sepadan lah tu. Kueng kueng kuengg.

Bulan March ni dia akan ambik result SPM, so, doa-2 kan lah eh. InsyaAllah. Aku nak jugak tengok abang aku masuk IPTA. Yang sorang lagi tu dah masuk IPTA dah, tahun ni last kot. Okey lah.

Diaaaa bukan abang aku.

Dia lah putera k-2 bagi mak dan abah aku. Dah-2 jangan tengok lebih-2.

Okeylah, see you next week, next month, next year dan next next next. Aku merepek lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment