The first and the last

Assalamualaikum saudara-saudari sekalian. Amacam cuti ni, tak pergi mana-mana ke? Kalau duduk rumah je meh sep sikit dengan aku. Aku pun tak pergi mana-mana pun. Agak boring lah. Tapi aku duduk rumah tok aku. Kira tak pergi mana-mana lah jugak kan.

Hmmm apa yang the first and the lastnya kan. Macam ni, semalam (isnin) aku dengan sepupu aku rancang nak ronda-ronda satu kampung ni ha naik motor. Aku yang bawak kan. Time nak pergi tu aku memang takut nak naik sebab tak biasa jalan kampung. Lagipun motor yang aku bawak tu adalah motor yang aku tak pernah bawak sebelum ni. #sila paham kan ayat aku.

Masa tu aku dah rasa tak sedap hati lah kan sebab takut habis minyak. Lagipun meter minyak tu rosak, so memang tak dapat lah kan nak tengok ada minyak ke tak. Tapi aku cakap tu punya perasaan aku je. Aku dengan sepupu aku tu pun bantai je lah.

Dah habis pusing satu kampung tapi takda lah satu kampung sebab takut sesat!!. Then pergi lah kedai kejap nak beli topup. Pastu nak start balik motor tu dia macam nak tak nak je hidup. Aku dah cuak dah time tu. Start punya start boleh lagi hidupnya.

Masa sampai kat selekoh nak masuk kawasan rumah tok aku, tetiba mati!!! Aku pun apa lagi, cuak gila-gila lah kan. Memang seronok pun motor takda minyak. Nasib lah dekat dengan kedai. Sepupu aku tu call ibu dia suruh adik aku dengan adik sepupu aku tu turun.

Dekat je takda lah jauh sangat. Nasib lah aku ada duit lagi. Beli lah minyak 4 ringgit. Time tu aku dengan sepupu aku tu tebalkan muka je lah tengok orang lalu lalang. memang seronok pun kena gelak. Aku suka 'sangat'. Takpa lah diaorang gelakkan kitaorang, tengok lah nanti.

Lama lah jugak tunggu budak duaorang tu beli minyak. Lepas diaorang dah beli minyak, aku cepat-cepat bukak seat tu. Tengok-tengok, haaa kering tangki minyak. Tu lah sebelum nak pergi tu taknak check. Padan lah dengan muka aku ni ha!!!

Balik-balik rumah kena nganjing. Haih, nasib-nasib.....Lepas ni aku malas dah nak pergi jalan-jalan. Okey lah.  Wassalam. :-D

Kenapa dia hensem sangat. Eyebrows dia lebat kot. Aku suka gila tengok lelaki yang ada bulu kening lebat dan dan rambut dia jugak macam landak. Hensem kot.


No comments:

Post a Comment