Di tinggalkan lagi :(

Assalamualaikum. Terima kasih kerana jawab salam aku ni. Memberi salam sunat tapi menjawab salam wajib. Kang kalau tak jawab aku nak merajuk lah. Hmmmm.... Aku ni di tinggalkan oleh sape? Oleh suami?? Banyak lah kau punya suami. Oleh kekasih? Kekasih aku tak pernah tinggalkan aku, tau. Sape kekasih aku. Haaa jeng jeng jeng, Allah lah kekasih aku. Habis tu di tinggalkan sape? Berkias-kias pulak aku ni.

Aku di tinggalkan oleh best friends forever aku lah. Sedih memanjang aku ni. Aku taktau lah, nape kawan yang paling aku sayang, tinggalkan aku. I mean bukan tinggalkan terus tapi berjauhan dengan aku. Time form one, kawan yang aku sayang gila tu pun tinggalkan aku. Sape lagi kalau bukan Nurul Nazihah bt Azali. Aku kawan dia sejak sekolah rendah lagi. Time sekolah rendah selalu gaduh-2. Biasa lah budak-2 kan. Salah sikit je nak gaduh.

Aku tak sempat nak bermanja-manja dengan dia, dah dia dapat MRSM time form one tu. Masa dia cakap dia dapat tu pun mata aku dah berkaca. Hello, just berkaca tak nangis pun. Apa kelas nangis-2 ni, tak gentle lah bro!!! Hahaha, tak kelakar pun okey!!!. Tapi still sedih jugak sebab tu kan BFF aku.

Time form two pulak, aku pun ditinggalkan lagi. Tapi kali ni takda lah kamching sangat.. Tapi budak ni baik gila. Lemah lembut je. Aku je yang tak!!! Tapi time form two aku still ayu. Ceh, nyampah aku. Tampo satgi, pecah mulut. Nama budak tu Siti Ameere bt Halim. Dia memang baik. Aku kawan dengan dia je sebab time masuk kelas 2 Bijaksana tu dulu, segelintir je aku kenal. So, aku kawan lah dengan dia. Untung Husna dapat kawan macam dia. Dia sangat baik.

Time form three, hidup aku aman tanpa ada perpisahan. Form three lah banyak kenangan yang memang manis gila. Kalau korang masukkan satu paket gula tu pastu rasa. Ha macam tu lah rasa dia. Tapi jangan salah kan aku kalau kaki kena potong. Masa from three jugaklah, aku rapat dengan semua termasuk budak hostel.

Kini tiba masa from form pulak. Mula-2 masuk sekolah happy sangat sebab best friends aku semuanya duduk dalam satu kelas. Tapi happy aku ni tak lama. Aku di khabarkan dengan berita yang kurang menyenangkan dan rasa nak meraung je. BFF aku lagi pindah. Sape lagi, Nur Fahana Aida bt Razali lah. Dia tu dah lah gila dapat pulak sekolah yang memang serius.

Tapi masa tu aku tak nangis jugak. Ye lah kata gentle, buat apa nak nangis. Taklah bukan sebab aku ni gentle sangat, sebabnya aku tau Aida dengan Izzati pindah tapi Hanim Zainuddin, Hanim Azmi, Zana, T-qah, Jenny still ada. That's why lah aku tak nangis. Tapi sebak di dada still tak dapat di musnah kan. Sapa tak sedih kawan berjauhan. Kamching gila kot.

Pastu pulak si Nur Afiqah Zaiminuddin ni pulak nak pindah Saujana. Aku pun tak pasti nape dia pindah. Bila aku cakap, dia cakap saje je. Takda alasan lain lagi ke nak bagi?? Hehe. Dia ni pun aku rapat time form 3. Aku ingat dia ni bajet gile. Tapi lepas kawan dengan dia, dia pun gile-2 jugak otaknya. Memang kawan aku ni gile. Eh!! bukan gile tapi gile-2.

Bape orang dah yang jauh dengan aku?? Lebih dari satu kan?? Dan baru-2 ni pulak, dua orang lagi kawan aku jauh jugak dengan aku. Yang ni memang tersangat jauh. Tau Setiu?? Orang ganu tau lah. Sape yang dua orang tu. Mereka adalah Nurul Hanim bt Zainuddin dan Nur Syazana Syahida bt Zaidi. Ya Allah kenapa lah mereka ni jugak yang kena pindah. Nape tak budak laki je!!!!

Aku dapat tau dari Hanim tu lah. Dia cakap kat aku yang aku dapat tak sbp? Aku jawab lah ada lagi ke tawaran? Lain yang ditanya lain yang di jawab. Kata gile. Hehe aku tak doakan lah aku gile. Kalau gile-2 tu ye lah.  Lepas tu dia cakap yang di dengan Zana dapat SM Sains Setiu. First-2 aku memang taktau jugak. Aku ingatkan STU. Mane lah tau dia nak main-2 dengan aku ke.

Aku cakap lah kat mane Setiu tu, dia jawab kat Ganu. Lagi lah!!! Menggigil tangan aku. Mata pun dah berkaca. Tapi aku still cool. Bukan ego, tapi entah lah. Kene lah kawal perasaan tu kan. Aku memang sedih gile-2 lah. Sedih sangat.

Hari jumaat baru ni, dia dah nak pergi. Semua sedih, takda sorang pun yang tak nangis. Aku ni nangis sambil ketawa. Macam meroyan dah aku ni. Tapi serius, aku baru rasa sedih. Aku cakap lah kat Hanim, 'takda sape lah yang nak buat aku ketawa sampai tak ingat dunia, takda yang nak cubit aku, pukul aku'. macam-2 lah.Kat Zana pulak aku kata 'takda sape yang nak ajar add math, bm. Pastu takda sape lah lepas ni nak teman aku pergi pekan sari setiap khamis'.

Dengan dia je aku selalu pergi. Ronda-2 hilangkan bosan. Sedih sangat weh. Balik rumah tu, aku tengok cerita '8 jam' tu pun aku nangis. Tau cerita 8 jam. Alaa yang Shaheizy Sam dengan Yana Syamsuddin tu lah. Cerita tu ade lah jugak sedih nya tapi disebabkan aku terbayang kan wajah-2 diaorang, aku selok ah nangis.

Aku suka part Alang (Shaheizy) tu cakap dengan Juliana (Yana) 'kalau kau tinggalkan aku, aku pun akan bunuh kau'. Ambik kau, aku pun nak buat yang same lah kat orang yang tinggalkan aku. Hehehe, astaghfirullah, aku tak berniat je. Saje je. Aku tak berani lah nak bunuh anak orang. Kang tak pasal-2 lokap lah jawabnya.

Lepas tu, aku baca pulak novel 'Takdir itu milik aku'. Novel ni lah yang buat aku nangis selak sangat. Sedih gila weh novel tu. Sedih sangat-2. Aku nangis tu pun sebab aku tak sanggup kehilangan diaorang. Aku sayang diaorang. Tapi pada masa yang sama, aku menghayati jalan cerita novel tu. Korang baca lah, aku tak sanggup nak cerita.

Tapi novel tu memang sangat bagi kesan yang mendalam. Sampai bengkak mata aku. Hidung aku ni pun tersumbat kate qo!!!. Dah asyik nangis je sampai lah aku tertido. Bangun-2, mata ni macam ta boleh nak bukak, berat sangat. Tengok kat cermin, hambik kau, bengkak gile. Aku genyeh-2 mata aku ni.

Setiap pertemuan ada perpisahan kan? Sama lah macam kes aku ni. Lambat laun kitaorang akan terpisah jugak. Ye lah, takkan dari kecik nak tengok muka yang sama je. Tapi tu lah, aku tak kesah pun nak tengok muka diaorang. Selagi diaorang boleh bagi aku tersenyum, selagi tu lah aku takkan lupakan diaorang.

Sayang korang semua lah nyah-2 sekalian. Memang aku takkan lupakan korang. Kalau ada umur yang panjang, kita akan berjumpa di IPTA. Insya-Allah. Apa-2 pun aku doakan lah kat sape yang pernah jadi kawan aku supaya mereka jadi manusia yang berguna di dunia dan diakhirat kelak. Wassalam.

MadDinDang.

Miss them <3.

2 comments:

  1. hehehe jgn bersedih kwn biar beribu yer dik

    do visit n follow
    http://myaleo.blogspot.com/2012/07/me-with-my-sweetheart.html

    ReplyDelete
  2. kawan mmg ramai tapi kawan rapat tu yg sikit..

    ReplyDelete