Kaum Feminin Cakap

Assalamualaikum!!! Okey dah lame dah aku tak updated blog nih. Lame ke?? Baru bape minggu kan? Tapi takpe ah. Atas permintaan daripada someone nih aku updated lah cerite sikit. Sape? Sape ape? Ouh yang 'someone' tu eh?. Namenye T-qah. Name panjang dia T-qaaaahhhhh. Okey aku gurau. T-qah jgn marah saje je gurau. Hehe.

Haritu aku geledah laptop abang aku. Tetibe jumpe lah satu artikel nih. Aku taktau lah korang (mcm ramai je. Hehe) pernah bace ke tak tapi aku post je lah eh.

Kaum feminin cakap 'susah jadi wanita', ye lah sebabnye mereka ni mudah tergoda dan diperdayaoleh setan dan hawa nafsu diaorang sendiri. Macam dialog kat bawah ni nanti , diaorang yang tak bersyukur ni sesuka hati je mempersoalkan ketentuan Allah terhadap manusia yang bergelar wanita ni sendiri. Okey sorry lah terpaksa type macam. Mungkin ade jugak yang kate Allah berat sebelah kat kaum wanita. (Aku tak cakap, aku sayang Pencipta aku).


Ni contoh keluhan remaja perempuan A: 'Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah lah macam ni. Apehal lelaki senang                                                                                               je. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.'

Keluhan isteri A: 'Nape la kite ni para isteri kalau nak keluar je mesti kene mintak izin dulu kat suami, padahal suami kita kalau nak keluar kemane je tak bagitau kite takpe pulak.'

Keluhan remaja perempuan B: 'Kalau kita ikut faraid dalam hal pusake, rugilah kite. Yelah sebabnye bahagian harta pusaka yang perempuan punye sikit je daripada harta anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!!'.

Keluhan isteri B: 'Nape Allah jadikan wanita mengandung dan rasenye sakit time nak lahirkan anak.  Suami kite rileks je? Masa buat anak cari kita, mase nak beranak kita tanggung sendiri!!! (errr... haha)'.

Keluhan isteri C: 'Islam kate kite perempuan ni wajib taat kat suami, tapi ade Islam cakap suami perlu taat pade isterinya? Mana keadilan pada kaun hawa?'.

Keluhan isteri D: 'Bile nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Nape isteri tak boleh ceraikan suami? Kenape?. (Aku pun selalu jugak pikir macam tu. Tapi dah dapat jawapan dah.)'

Keluhan remaja C: 'Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bile kita ade haid dan nifas, tak boleh nak solat dan puase. Ingat perempuan ni suke ke kalau tak solat dan puasa?.'

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita dan tuntut hak sama rata antara gender, mengesploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. 

Kaum lelaki cakap: 'Ah, mujur aku ni lelaki!.'

Tunggu!!. Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti diatas. Mujur ade seorang lelaki yang bukanlah ustaz tapi dia amat yakin Allah itu Maha Adil. Dia tak mampu tuturkan sabda Rasulullah S.A.W. dan petikan dari ayat al-Quran, tapi dengan keimanan dan ilmu sikit yang dia ni ade, diolah sebaiknya untuk jawab soalan-soalan yang melampau tu. 

Jawab lelaki beriman ni tentang keluhan remaja A: 'Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang tau simpan kat rumah agar takde sape melihat perhiasan tu?, Okey, kalau awak letak perhiasan tadi kat kalangan orang, agaknye ape yang jadi kat barang perhiasan tadi?. Lelaki yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut awak tapi awak? Saya tak dapat tengok kulit awak pun except muke dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!.'    

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A: 'Okey, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu jugak taat kat ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!'.'

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: 'Betul ke wanita terime warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak buat apa je yang dia nak. Shh... jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu bahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!.'

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri B: 'Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan!.'

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri C: 'Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab kat empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!.'

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan C: 'Nak beribadat macam lelaki? Ingat senang ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!.'


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri D: 'Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita kalau taat kat suaminya dan tunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu angkat senjata!.'

Lelaki beriman bertanya: 'Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?.'

 Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata: 'MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!.'   

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti buat segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka. 

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia. 

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah ajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.

Tahniah, anda habis jugak baca cerita ini. Semoga anda menjadi manusia yang berguna di dunia mahupun di akhirat. Insya-Allah.


No comments:

Post a Comment