Ikuti kisah ini..........
Seorang jejaka yang boleh digolong dalam golongan kacak dan tampan plus macho sedang duduk berhadapan dengan seorang wanita yang manis bertudung tertunduk malu dalam satu perjumpaan perkenalan yang dirancanag oleh ibubapa masing-masing. Untuk mengelakkan fitnah, si wanita itu membawa adik perempuannya sekali kerana khuatir mereka akan terjebak ke dalam kancah maksiat. Sekian lama mendiamkan diri, sang jejaka membuka bicara.
Jejaka: Awak ada kekasih?
Dengan yakin wanita itu menjawab,
Wanita: Ada.
Sang jejaka terkejut, tetapi berlagak biasa. Nak control macho lah katekan.
Jejaka: Dah lama awak kenal kekasih awak tu?
Wanita: Lama lah jugak. Sejak saya kecil lagi.
Sang jejaka mengangguk-angguk.
Jejaka: Awak selalu jumpa 'Dia'?
Wanita: Selalu. Lima kali dalam sehari tapi kadang-kadang lebih sebab saya amat merindui kekasih saya itu.
Sekali lagi sang jejaka terkejut. Dalam hati dia berbisik, 'huh! power jugak lah dia ek, ye lah mak dia seorang ustazah, ayah dia pulak ustaz. Dia ni pulak kalau tak silap aku belajar kat pondok. Macam mane dia boleh dating tiap-2 hari. Mak dengan ayah aku ni biar betul nak jodoh kan aku dengan awek orang. Kang naye jadinye weh.'
Jejaka: Sekarang ni kekasih awak tu ade kat mana? Takut jugak saya, kang kalau dia nampak habislah saya kena pukul dengan kekasih awak tu.
Wanita: Dimana-mana. Malah, sekarang pun 'Dia' sedang melihat saya dengan awak. Kalau kita berdua, mungking 'Dia' akan marah, tapi saya kan bawak adik saya.
Jejaka itu menoleh ke kiri dan ke kanan. Cuba untuk mencari sanga kekasih yang dikatakan oleh wanita yang comel itu. 'Eh, takde sesape pun. Betul ke dia ni'.
Jejaka: Mesti bertuah kan kekasih awak tu.
Wanita: Tak lah. Saya yang bertuah sebab jadi kekasih 'Dia'.
Sang jejaka itu tersenyum. Lalu bertanya lagi.
Jejaka: Sebenarnya, siapa kekasih awak tu?
Wanita itu menjawab sambil memandang wajah lelaki itu,
Wanita: 'Dia' adalah Allah S.W.T.
Sang jejaka terpempan. Namun sedikit demi sedikit bibirnya mengukir senyuman. Tiba-tiba sang jejaka bangun dan berdiri dihadapan wanita itu. Selepas itu, dia melutut dihadapan gadis itu. Si gadis a.k.a wanita itu terkejut beruk. Tapi beruk yang comel dan sopan *ade pulak.
Jejaka: Soalan terakhir dari saya. Bersaksikan 'Kekasih Sejati' awak diatas dan adik awak, sudikah awak berkahwin dengan saya?
Wanita: Jikalau Allah memang sudah menjodohkan awak akan bersama saya selamanya, saya sudi.
Jejaka: Alhamdulillah. Esok jugak saya menghantar rombongan untuk mengikat hubungan kita ini.
Credit by: Noor Farahanim Binti Azmi
Alahai, comelnya. Nak macam ni kan?? Hehe
Okey, setakat ni je lah post aku kali ni. Nanti kalau ade mase aku post lagi. Sekarang aku sangat sibuk dan stress. Taktau lah sebab apa. Wassalam..
No comments:
Post a Comment