Tahun 2012 dah nak labuhkan tirainya. Sekejap je rasa kan. Pejam celik pejam celik dah tahun 2013. Oh My Allah!!!!! SPM!!!!!! Arghhh, aku rasa macam nak masuk semula form 4 je. Adik-adik form 4, kita geng tahun depan. Kak Ira taknak naik form 5 lagi lah. Hehe, tapi takpa. Aku setahun je lagi nak sekolah. Tahun ni, barang-2 sekolah pun aku malas nak beli. Al-maklumlah, tahun depan je lagi. Jangan jeles hokeyh!!!!
Banyak kenangan yang aku tak dapat lupakan sepanjang tahun 2012. Macam karangan BM lah pulak. STOP MENGARUT!!. Tak kisah lah kenangan pahit ke manis ke masin ke, semuanya ada. Daripada awal tahun sampai lah akhir tahun.
Aku ingat lagi time budak Singapore datang tu. Tak pasti lah bulan bape. Best? Hmmm, boleh tahan lah. Kena speak in English. Ada orang cakap, budak Singapore bajet sebab matawang diaorang kan mahal berbanding matawang Malaysia. Ah, kisah hape haku. Hasalkan haku tak hambek huit (duit) hengkau. Nak tengok gambar tak? Tapi kalau lambat loading, nasib lah. Hehe.
Ni tengah main bowling guna kelape. Aku tengok je.
Kakak tengah tu cikgu dari Singapore lah. Lupe lah pulak nama dia.
Habis sudah cerita........
Eh tak tak, jangan close lagi blog ni. Rileks lah tak habis lagi ceritanya. Aku ingat lagi, aku kan memang rapat dengan Hanim Zainuddin kan. Lepas beberapa bulan Aida, Afiqah pindah, aku dengan hanim jadi renggang gila. Entahlah, aku rasa dia tak layan aku so, aku pun tak layan lah jugak.
Ye lah sebab aku duk kat sebelah tepi belah kiri, dia pulak belah kanan. So, agak jauh lah kan tempat duduk. Dia duk sebelah Aimie time tu. Dia pun selalu dengan Aimie. So, bertambah lagi lah ketidaklayanan aku terhadapnya. Cewah!!!!!
Aku selalu cakap kat Hanim Azmi, Zana, Tiqah macam ni 'biar lah dia, dia dah ade kawan baru. Kawan lama dilupakan'. Sedih sangat-sangat time tu. Tapi dah lama sangat, memang aku nak mintak maaf kat dia. Aku baru cadang nak bagi mesej kat dia, tapi dia bagi mesej dulu. Hehe. Lepas tu dah okey dah. Hehe.
Pastu, time cuti sekolah bulan March, aku, Syue dengan Hanim pergi lawatan dari masjid ke masjid. Nama program tu Jejak 44. Maknanya kitaorang perlu pergi 44 buah masjid lah. Tapi tak sampai 44 lah. 39 je kot tak silap aku. First-first tiap-tiap masjid aku, Syue dengan Hanim buat solat Tahiyatul masjid. Budak-budak lain pun buat jugak. Sakit jugak lutut aku sebab kalau jumpa masjid je berhenti solat. Tapi baguslah kan, program ni mendidik kita ni selalu tunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah kan. Alhamdulillah.
Ni depan masjid dekat dengan Pulau Tawar tu. Lawa jugak masjid tu.
Lepas tu, aku ingat lagi bulan bape aku tak ingat lah pulak. Kitaorang, budak kelas 4C bedah katak. Oh, katak!!!!!. Eh, sorry ini NORSHAHIRA BT MOHAMAD lah, mane ade takut. Geli je!!! Haha. Aku group dengan T-qah, Mira dengan Nadhrah. Aku rase selamat group dengan T-qah. Macam tu pulak kan. Tapi, aku pun bedah lah jugak sikit-sikit. Kat bawah ni ade gambar yang di ambil oleh Cikgu Biologi kami iaitu Cikgu Aida. Mila yang bawak kamera. To Mila, aku ambik gambar kau tau tau.
Group aku. Aku je pakai tudung hitam.
Fikri, asal kau nampak takut je. hehe
Puccah bukan group aku tau. Hehe gurau je Puccah
Dan dan aku ingat lagi kelas 4C jugak pergi rombongan ke Cameron Highlands. Best jugak lah. Kitaorang pergi 2 hari 1 malam. Kitaorang pergi hari khamis. Tapi pagi tu kitaorang sekolah jugak tau. Bukan tak sekolah. Balik pukul 2.30 petang tu baru pergi. Pastu time dekat Cameron tu, ade lah seorang hamba Allah ni kena gigit serangga. Habis muka budak tu. kesian dia tau. Hehe, perlu ke aku mention? Tak payah lah kot, kang dia segan pulak dia.
Kelas 4 Cemerlang 2012.
1 Malaysia!!!
Okey, ni aktiviti sebelum exam akhir tahun. Lepas exam, cikgu ade lah buat aktiviti kan. Aku malas datang sebenarnya tapi datang je lah kot-kot ade games yang best-best ke. Dan satu lagi, aku datang sekolah sebab nak tau results. Ahh sedih!!!!
Ni group aku. Banyak menang woo. Hehe. Gambar ni Lela punye. Lela, aku ambik tau.
Sebelum tutupnye sekolah, kitaorang ade buat jamuan akhir tahun. Tapi kelas kitaorang yang perempuan je join. Yang laki pulak buat hal sendiri. Diaorang malas bayar. 3 hinggit untuk setiap bulan pun tak boleh bayar. Topup 10 hinggit tiap-tiap minggu boleh pulak. Hahaha.... Kalau gambar tengok kat Mira Anas punye facebook eh. Aku malas lah nak taruk kat sini. Kang berat pulok blog ni.
Lepas tu, hari sabtu tak silap aku ade kenduri Cikgu Zawani. Cer teka, aku pergi ke tak. Banyak gile halangan tau tak!!!. Mule-mule rancang baek punyer, lepas tu ade lah dugaan sikit. Contohnya, aku ingatkan bapak aku boleh lah hantar sampai ke Jerantut then mak T-qah ambik, last-last bapak aku tak boleh hantar sebab jiran depan rumah aku ni ha ade kenduri jugak.
Aku penat lah pikir macam mane nak buat. Sape yang nak hantar kiteorang? Boleh sakit kepala tu. Last-last ayah Aimie hantar. Kalau aku tengok mesej yang aku bagi kat Mira, aku rase nak tergelak pun ade. Hahaha, ye dok Mira??.
Ni kat depan rumah Cikgu Zawani. Sanaa punya gambar. Macam biase, aku ambik tau.
Lepas kitaorang makan kenduri cikgu, kitaorang pergi KFC pulak sebab sambut bufday Mira. Kek ade lah, T-qah belanja, kalau ayam KFC sendiri punya duit. Tak ramai pun pergi. Aku, T-qah, Mira, Aimie, Nadhrah, Qila Razak je. Time kat KFC pulak, abe Mira datang. Azraff dengan Arif je pastu tetibe Faizal a.k.a Ajai datang pulak. Diaorang yang melantak kek Mira. Aku rase sikit je sebab terlampau kenyang. Ye lah, first-2 makan kenduri pastu makan burger pulak. Haha..
Sedap kek ni..
Bufday girl.
Habis cerita pasal budak-budak sekolah aku, aku cerita pulak pasal cuti aku. Kan aku dah bagitau tadi, aku tak pergi mana-mana cuti ni. Tapi aku pergi tusyen je. Haritu Fatin Syazwani datang Rises. Kenai lagi tak Fatin kawan-kawan? Ni untuk budak sekolah rendah P3TR je lah. Comei lagi dia ni tau. Dia cakap Ganu pulak tu.
Yang sebelah aku tu yang pakai baju merah tu namanya Atiqah Adam. Dia kecik je tau. Aku ingat dah lame tak jumpe makin meninggi tapi makin kecik je rasenye. Hehe Tiqah, jangan marah ye. Gurau saja.
Next, aku nak cerita pasal aktiviti yang Kelab Remaja anjurkan buat tahun 2012 ni. Takde rombongan pun tapi ade lah aktiviti sikit kan. Baru jugak lah. Bulan Disember ni jugak. Pagi tu ade buat aktiviti lasak yang selasak-lasaknya. Cewah!!!!. Kate explorace tapi race rakit. Huh!! Penat gile aku kayuh rakit tu. Dah lah nombor last. Hahaha, tapi takpe lah dapat lah jugak experience nye kan.
Ahh, budak laki je nampak. Pompuan berape kerat je, memang lah kan.
Peace yawww...
Dan pada malam tu pulak, ade jamuan. Setiap tahun ade tema. Dan tema pada tahun ni adalah K-POP. Ape daa K-pop. Dah la time tu semua tengah bengang dengan K-pop. Refree tu aku rase macam nak humban dalam gaung je. Hahaha. Okey, lupekan pasal tu. Singapore dah menang dah pun.
Malam tu, semuanye cun-cun, hensem-hensem tau. Aku biase je. Tak lawa pun. Haha.
Ni lah sebahagian daripada yang join.
Aku dan adik sepupu aku. Dia form 3 tahun 2013. Cun tak?? hehe..
Zana, aku, Izzati dan Siti.
Apa yang Aida buat kat atas pentas tu? Dia dapat anugerah budak paling hawt. hehe takde lah. Tapi she looks gorgeous you know!!!! *IKHLAS
Aku dan Aida. Aku duk sebelah dia, terase hawt nye. Hehe gurau jek :p
And last but not least, minggu lepas tak silap aku, 17 Disember lah aku and the shadow gang eh tak tak. Terpengaruh pulak dah!!!... Aku lupa dah siapa yang anjurkan tapi ade kaitan dengan Perpaduan lah. Entah lah aku pun lupe. Okey, takpe lah lupekan saja. Seramai bla bla orang pergi lawatan ke UIA Gombak.
Woooo, tak pernah mimpi aku sampai sane. Time Intan dengan Syue datang rumah aku tu cakap nak pergi lawatan tak, aku pun dengan sepantas helang yang menyambar tikus cakap 'mestilah mau'. Pastu diaorang cakap lawatan ke UIA. Aku pun terkejut macam beruk makyeih!!! Sekali lagi, 'woooo, tak pernah ku mimpi pergi ke UIA'.
Aku teringin gile nak pergi sane. Akhirnye, dapat jugak pergi ke UIA. Cantik sangat tempat tu. Aku memang cadang nak masuk kat situ. Tapi disebabkan B.I aku ni takde lah teror sangat so, aku batalkan niat. Pada mulenye lah. Tapi, lepas dah diberi penerangan sikit, hati aku melonjak-lonjak cakap 'Ira, engko mintak lah kat sini. Mane tau boleh bawak calon dari Pakistan ke'. Errr itu bukan tujuan sebenar aku!!!.
Tujuan aku memang betul-betul nak belajar kat situ lah. Kat situ pun ade jugak medic, law semua tu. So, boleh pilih mane yang berminat. In Shaa Allah, aku akan sampai ke situ.
Ni lah muke-muke yang pergi.
HANIM ANAK CIK LELA!!!!!!!!!!!! *tetibe. Aku nak wish HAPPY BIRTHDAY!!!!! Semoga kau menjadi hamba Allah yang mentaati perintah-Nya, semoga kau menjadi anak yang solehah, semoga kau menjadi pelajar yang cemerlang, semoga kau menjadi sahabat yang caring terhadap kawan-kawan kau, semoga kau menjadi insan yang berguna. Aminnnnnn..... Lastly, I...... I...... I..... errr..... I LOVE YOU MY FRIEND. In Shaa Allah, persahabatan kite tidak akan putus walaupun terpisah dek kerana jarak.
Aku sayang kau nyah!!! hehe..
Aku rase cukup kot. Cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja.... lalalalala~~~~~
Ahh, melalak pulak minah nih. Tahun depan aku dah SPM. Maybe aku tak bukak sangat blog ni. Dan facebook pun aku taknak bukak jugak sampailah habis SPM. Lepas SPM nanti baru lah aku buat cerita pasal 'SPM dah habis!!!!!' @ 'Selamat datang dunia universitirion' *macam Johan lah pulak. Cewah!!!
Aku tak dapat bayang kan lah Mira dan yang lain yang kecik tu nak masuk U. Nanti kalau kena buli macam mane??. Hehe, jangan marah yang Mira ku sayang, saya hanya bergurau. Nanti kalau kau kena buli, cakap kat aku. Aku akan jadi penyelamatmu!!!!!!!!!
Okey lah, sebelum aku lebih merepek lagi, lebih baik ku undurkan diri. Eh jap-jap. Sebelum tu, aku nak mintak maaf kat sesape yang pernah terase hati dengan aku. Kalau aku sombong ke gedik ke ape-ape lah, cakap je terus dengan aku. Jangan simpan-simpan. Bagitau je aku. In Shaa Allah, aku akan perbaiki diri aku. Akhir kata, kepada Batch 96 aku ucapkan SELAMAT MAJU JAYA. In Shaa Allah, kalau kite usaha keras, kite akan dapat ape yang kita inginkan. Aku akan doakan yang terbaik untuk semua. FIGHTING!!!!!!!!. Wassalam :-D
No comments:
Post a Comment