Hai!!

Hachummmm!!!!!............ *Merah hidung. Tak boleh bernafas dah ni.

Assalamualaikum, aku tau dah lama tak berblog ni. Nak buat macam mana, aku kan budak SPM. Tapi tapi, SPM dah habis. Yeayy!!!!!. Padahal dah lama habis dah pun, aku je baru nak post ni ha. Aku malas sebenarnya. Dulu beria lah aku cakap, lepas SPM nak buat Faceook baru lah nak update blog lah, padahal, hape pun takdok. Tapi Facebook aku dah buat. Yeayy lagi. Haha...

Aku tak updated awal-awal sebab aku stay hostel. Aku stay hostel?? Haha percaya atau tidak, itu fakta!!!!. Maklumlah, nak periksa kan. Ye lah, time kita SPM kan time holiday. Nanti sedap sangat lah adik aku nganjing aku. Lebih baik stay hostel kan.

Seronok jugak duduk hostel ni. Boleh lepak sama-sama, pergi makan sama-sama, mandi..... errr mandi tak sama-sama eh. Mandi kena berebut. Aku duduk Mutiara 1. Sekali dengan Iin, Yana dengan Piqah Ahmad. Satu bilik tu patutnya 8 orang tapi dah ada kosong kan.

Lepas aku masuk, Syue dengan Ain pun masuk jugak. Sebelum tu, Hanim pun naik mutiara jugak. Aras mutiara aras 4. Hambekk kau!!!! Mula-mula masuk tu bapak segala penat bin lelahnya aku. Tak sanggup weh. Tapi best woo duduk aras mutiara. Boleh menjerit dari atas. Lagi satu angin dapat banyak. Kitaorng pernah mandi hujan lagi tu. Will miss that moments.

Aku banyak lagi nak cerita pasal sekolah ni tapi aku nak testing tangan je dulu. Aku rasa tangan aku dah laju dah menaip ni. So, esok  In Shaa Allah aku updated eh. Start bulan satu lagi aku cerita aktiviti aku sebagai budak SPM ni. Okey lah chau... Wassalam :)


No comments:

Post a Comment