Sepanjang perjalanan tu aku tido sambil layan lagu korea dekat handphone la. Lepas beberapa jam entah la akhirnya aku terjaga dari lamunan tidur. Bukannya sampai lagi tapi terkezut dengan jalan nya yang macam ular kena palu jer. Pening siot!.
Dalam pukul 12:15 rasa nyer aku berhenti dekat ladang tea yang dekat tepi jalan. Cuaca dia ofcourse la sejuk tak kan tak pulak. Keluar je dari kereta terus rasa kesejukan nyer yang menusuk ke kalbu. Perjalanan masih diteruskan untuk sampai ke hotel yang diberi nama Hotel Titiwangsa. Sesudah sampai di hotel tersebut, abah ku pun check in.
Selepas itu, kami sekeluarga pergi masuk ke dalam hotel yang bernombor 401. Hotel tersebut berada di tingkat 4 iaitu hotel yang paling atas. Menyampah aku buat ayat kuno. Maksud aku ayat yang boleh buat karangan. Berbalik kepada tajuk yang asal, lepas aku dengan family aku masuk hotel tu aku rasa seronok sebab dapat bilik yang besar. Katil dye ade 2 katil double dan 1 katil single.
Okay la tu kan abah aku tidur dengan mak aku, aku dengan adik aku dan abang aku yang Khairul Fahmi (penjaga gol Malaysia tu) tu tido sorang sebab abang aku yang Khairul Izzuan tu tak ikut sebab hari sabtu dia ada kelas. Yang aku tulis penjaga gol Malaysia tu bukan tau karang salah sangka pulak.
Dalam pukul 4:00 petang gitu lah Zana mesej aku dye cakap yang dye duduk bilik no 103. Tingkat satu jer tau. Jeles aku tau. Petang tu cadang nye nak pergi pasar ape entah name dye, tapi tertunda sebab hujan. Aku balik la bilik semula sorang-sorang sebelum tu aku cakap dekat mak aku kalau nak pergi semula call la kan.
Dalam pukul 4:30 tu mak aku call cakap jadi pergi. Actually aku nak pergi situ saje-saje je. Jalan kaki jer tau sebab pasar tu dekat dengan hotel aku duduk. Tengah jalan-jalan tu pergi la usha key chains. Aku beli la 12. Key chains tu harga 6-RM5 kalau 12 RM10 ringgit la kan. Aku beli key chains tu pun aku teringat dekat kawan-kawan aku. Aku pun jalan-jalan a pusing pasr tu. Aku pun jumpa la barang yang aku nak sangat-sangat tu. Nak tau tak bende apa....
Haaaa mende ni la tapi strawberry punya. Benda ni pun aku nak kan . Ishhkkkk pelik tul la. Pelik-pelik pun kau hada. Aku terpaksa skip kan cerita aku ni sebab penat gila pikir ni tau. Satu lagi aku beli tapi bukan dekat pasar tu aku beli dekat pasar lain.
Itu lah barang yang aku beli dekat sana. Buah pulak yang aku paling suka ialah buah jambu epal. Sedap bhai buah tu rasa dye macam jambu tapi bentuk macam epal. Okay la malam ni aku nak layan bola Malaysia vs Taiwan. Tengok tau pukul 9:40 dekat tv 801. MALAYSIA FIGHTHING!!!!!
No comments:
Post a Comment