Happy Father's Day, Abah


Selamat hari bapa, Encik Mohamad Bin Sidek a.k.a abah. Abah aku yang pakai kopiah. Eh! mesti la yang pakai songkok tak kan yang pakai tudung tu kot. Yang pakai tudung biru tu la nenek aku , manakala yang pakai tudung coklet tu mak aku.

Hari ni aku nak cite pasal hari bapa. Semua orang ade bapa kan termasuk aku. Abah aku ni nak cakap garang pun tak, nak cakap tak garang pun tak jugak. Tapi aku sayang abah aku walaupun dye garang. Keistimewaan abah aku ni berbanding mak aku ialah abah aku ni kalau aku atau adik aku nak kan something, kalau minta kat mak aku maybe tak dapat tapi kalau dengan abah aku mungkin dapat.

Contoh la kan adik aku nak coklet tu pastu adik aku minta kat mak aku, mak aku mesti cakap ' tak payah la beli apa-apa' pastu bila mintak dekat abah aku mesti abah aku cakap ' ambil la ape nak amik' tapi kadang-kadang tu perli gak camni 'ambik la ape nak ambik, beli satu kedai ni pun tak pe'. Hahahaha macam tu la kisah nye.

Abah, maaf la tak dapat bagi apa-apa dekat abah tapi Ira janji Ira akan hadiahkan 8A dalam PMR ni. Doakan kan la abah untuk kejayaan Ira dengan Amy yang nak ambil SPM tahun ni jugak. InsyaAllah. Maaf la juga kalau Ira ade buad salah dekat abah. Hehehe touching la plak.

Tapi apa-apa pun abah tetap hero ku. Kalau abah tak dek memang tak ceria la dunia Ira bak kata group B2st 'nothing better than you' <----- lirik beautiful.


Okay la abah aku da panggil ni because dari tadi menghadap lappy lagipun sat lagi abang aku nak balik da pastu nak bawak balik lappy ye bukan lappy aku. Aku guna komputer. Hahahaaha...



No comments:

Post a Comment