Sebelum masuk hostel, Cikgu Faudzi bagi la taklimat pasal benda ni pastu cikgu cakap suruh budak luar tumpang bilik sapa-sapa. Aku, Aida dengan Jenny tumpang bilik Fieyqah, Haiza, Mira, Ecah, G-ha, Wana, Syikin dan Wa. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab bagi tumpang.
Lepas masuk bilik tu, kemas-kemas la apa yang patut. Nak tahu tak, hari pertama tu, malam aku tak mandi pun sebab tak sempat. Da la bagi keluar nak dekat pukul 7.00 petang, pastu nak makan lagi, mandi lagi, mana sempat. Pastu pula kena pergi surau 2 minit sebelum maghrib. Time tu aku menangis. Aku menangis ada 2 sebab :
1. Aida dengan Jenny tinggal aku
2. Aku tak mandi sebab tak da air
Masa dekat surau tu, baru lah aku tahu rupa-rupanya berlambak lagi orang tak mandi. Lega la sikit kan sebab ada geng. Lepas siap sembahyang tu, Ustaz Agus cerita pasal diri dia. Terbaikkkk macam ni
Best dia cerita tak mengantuk pula. Lepas habis baca Yasiin dengan sembahyang Isyak, kitaorang semua Pergi la dekat dewan. Tiba-tiba dengar bunyi wisel Ustaz Sopian. Aku pun cakap 'ahh, dengar da wisel keramat dia tu'. Boleh lagi aku cakap macam tu. Teruk-teruk. Dekat dalam dewan tu dia macam nak kenal-kenal je dulu. Aku tabik la dengan Ustaz Sopian sebab dia boleh baca apa yang ada dalam kertas.
Macam ni lah aku terangkan, mula-mula dia suruh kitaorang tulis apa-apa je kat kertas tu kurang dari 4 patah perkataan. Pastu tulis nama sekali. Then, dia suruh lipat 4 kertas tu. Pastu dia panggil 2 orang wakil pelajar perempuan dengan 3 orang pelajar lelaki. Pastu 5 orang tadi gaul-gaul kan and then cabut satu kertas pastu genggam. Aku shock gila-gila sebab dia boleh baca apa yang terkandung dalam kertas yang kitaorang tulis tu. Pastu tahu nama sekali.
Seram sejuk aku di buatnya. Dalam hati aku, OMG OMG OMG tak habis-habis. Dalam pukul 11 lebih kitaorang pun balik la hostel nak tidur. Sebelum tido aku mandi dulu sebab aku tak mandi sebelum tu.
Second Day
Hari kedua pula ada larian 1 Malaysia. Bab-bab lari ni aku lemah sikit. Da la lalu kawasan ladang. Penat wooooo. Tapi, nasib baik dekat je tak da la jauh sangat. Lepas balik dari larian tu, budak form 3 dengan form 5 terus masuk dewan nak teruskan motivasi. Mula-mula kitaorang kena nyanyi lagu Negaraku pastu lagu sekolah and then, lagu tema motivasi tu, Islam Boleh.
Ni lah mula-mula tersusun je makanan tu. Semua orang tak tahu apa yang dekat dalam tu. Masa ikut turutan duduk dekat kantin tu, Ustaz Sopian ada la bagi tahu yang kitaorang kena habiskan makanan tu. Aku cakap 'ala setakat habis kan sampai licin la aku makan'.
Bila bukak je surat khabar tu semua orang terkejut. Nak tau sebab apa, sebab dia letak makanan tu setiap orang dapat makanan yang sama. Macam ni contohnya la aku kan dapat nasi, soooo satu pinggan tu nasi, lauk, kuah, sayur tak ada. Yang Izzati pula dapat garam dengan gula, Zana pula dapat buah nanas.
Tengok tu memang riuh la masa tu. Aku sempat bergaduh dengan Zana, aku cakap 'wei, ambil la sikit nasi aku, banyak sangat la', pastu Zana cakap 'tak nak la, aku punya nasi pun tak abis lagi'. Pastu aku marah dia 'okay, kalau aku tak habis jangan salahkan aku'. Pastu Zana marah 'masalahnya aku punya pun tak habis'.
Dalam hati aku ni, aku rasa nak menangis je sekuat hati. Nak tau tak, kitaorang dapat kentang rebus. Peeerrrrrgggghhhhh rasa dia memang terrrbbbaaaallliiikkkk. Aku makan kentang sambil minum. Mira la memang marah gila dekat Wafa, mana tak nye orang suruh makan dia menangis. Mira pun aku rasa tengking Wafa macam ni 'telan je la kentang tu, kitaorang pun tak suka tapi telan je'.
Lepas group 8 ke 7 dapat balik hostel awal. Pastu kitaorang pun dah habis, Pie pun angkat tangan lambat. Tapi nasib baik tak jadi orang terakhir. Malam tu pun seperti biasa ada motivasi. Kelakar la dengar ceramah ustaz-ustaz tu.
Third Day
Hari ketiga ni aku lemah sikit sebab ada segmen menangis-nangis. Sebelum tu, pagi pukul 4.30 ada Qiamulai. Bangun 4.30 tapi start nya pukul 5.00 disebabkan budak lelaki. Budak perempuan semua bangun okay, tapi budak lelaki tak semua bangun. Abang aku pun tak bangun. Masa subuh tu baru lah Taufiq dengan Syahmi kejut diaorang. Lepas solat tu balik pastu mandi siap-siap pakai baju uniform.
Mak dan ayah pun datang tau. Kitaorang berdiri sebab menyanyi lagu Negaraku, sekolah, Islam Boleh dan puisi ayah bonda. Lepas tu Ustaz Sopian bagi la motivasi sikit dekat kitaorang dan ibu bapa. Tiba la masa nya Ustaz Sopian tu suruh pakai topeng kertas yang kitaorang buat and then dia cerita pasal sedih-sedih la. Mak dan ayah yang datang tu pun touching juga.
Eh! nampak mak aku pula yang pakai tudung pink.
Nampak tak ada orang pakai topeng. Ada lagi
Time ni air mata aku da banjir da, hidung pula tersekat-sekat terpaksa la guna mulut untuk bernafas. After that, Ustaz Sopian tu suruh buka topeng pastu cari mak dan ayah masing-masing pastu peluk la
Time ni pula aku cari mak aku pastu aku peluk sekuat hati dan nangis memang selok la. Aku peluk mak aku kira-kira 10 minit kot. Pastu abang aku kacau pula. Abang aku salam mak aku pastu peluk juga tapi beberapa saat je.
Pastu mak aku peluk aku dengan abang aku. Abang aku mata dia merah je. Lepas siap semua tu balik la semula dekat tempat yang kitaorang duduk. Lepas habis acara penutupan kitaorang pun balik la. Aku balik-balik tu aku basuh kasut, mandi, sembahyang pastu tido dari pukul 2.30 petang hingga pukul 6.15. Terlampau penat la katakan.
No comments:
Post a Comment