Okay lah nak sambung cerita pasal tajuk yang sebenar. Actually, semalam kan, adik saya kena cakar dengan kucing saya namanya Kembang. Kitaorang sekeluarga sayang sangad dekat Kembang tuh. Nak di jadikan cerita lah kan, masa saya tengah online semalam, adik saya tengah main-main dengan Kembang tu. Dia bukan setakat main-main je, tapi dia siap cium lagi.
Mana tak kena cakar dek Kembang nya. Masa tu pulak, saya je ada dekat ruang tamu. Abang, mak dan abah saya ada dekat dalam bilik masing-masing. Cium punya cium, dah kena cakar. Haaa padan lah muka dia. Sebelum-sebelum ni jugak adik saya penah kena, tapi kena cakar sikit-sikit je. Tapi yang semalam punya memang terbaik ah.
Time dia dah kena tu kan, dia menangis lah. Ye lah nangis takkan ketawa pulak dah. Dia kacau saya tengah online. Nangis-nangis datang dekat saya. Saya pun bukak lah lampu nak tengok kesan cakar tu. Tengok-tengok je pipi adik saya, saya rasa macam 'Ya Allah, dalam gila kesan cakar tu'. Adik saya terus-terusan menangis. Nak tengok tak kesan cakar tu.
Okey, sorry gamba nya di crop ya. Sebab nya, adik saya tak suka gambar nya di tunjuk-tunjuk. Gambar ni di ambil masa dia tengah tido. Nampak seram tak gambar-gambar tu. Time saya nak bubuh ubat dekat pipi dia tu, tangan saya terketaq-ketaq macam orang parkinson. Tapikan, mak saya cakap macam nih 'haaa, padan lah muka Ijah, cium lagi Kembang tu, kan dah kene'. Saya pun tergelak-gelak macam orang gila. Pastu, abang saya keluar dari bilik dia, abang saya pun gelak-gelak jugak.
Konklusinya, kepada anda, anda dan anda, jangan lah suka cium-cium kucing. Now, adik saya dah fobia nak main dengan Kembang. Saya pun MUNGKIN takut jugak kod. Okey lah, dah penat dah menaip. Hope boleh like eh cerita ini. Wassalam..
ganas sile kucing tu!
ReplyDeletesy kena jauhkan kucing dari adik sy la kalo mcm nie..
seram~
hahaha memang selalu dah kene cakar. tapi adik saya buad taktau je. sekarang, ambik dia kena sekali.. hihi
ReplyDelete