I Love 3 Bijaksana 2011

Assalmualaikum chingu. Sorry lah tak updated blog ni. Taktau nak story pasal apa. Dan sorry jugak updated lambat. Nak updated petang tadi tapi takda mood sebab takut kan ada perlawan bola tu kan. Tapi, dah Malaysia menang, so, ada mood balik. Thanks Young Tigers sebab kauorang naikkan mood aku. He3.

Okay-2, saya bukan nak cerita pasal ni tapi insyaAllah lepas ni eh. Hihihi. Pagi tadi, kelas saya ada buat jamuan akhir tahun. Best wooo. Tapikan guru kelas kitaorang takda. Sedih la. Tapi, nasib baik Teacher Deeyah sanggup bergadai masa demi kitaorang. Ye lah kitaorang anak angkat dia. He3.

First-2 sekali, kitaorang semua kena berkumpul kat perhimpunan. Hari ni jugak ada pertandingan pantun dalam bahasa Inggeris. Kelas kitaorang tak masuk sebab ada party lah kan. Lama jugak lah kitaorang tunggu kat situ. Sambil tunggu tu gossip-2 lah kejap. Macam-2 cerita ada. Pilih je nak channel mana. He3. Tapi bosan lah jugak kan tunggu situ. Panas butt.

Lepas siap dengar cikgu cakap kat depan, semua pelajar kena berkumpul kat open hall. Tapi saya tak. Saya tolong budak-2 ni buat cocktail. Budak-2 yang saya maksudkan itu ialah Pykaa, Zeeka, Puteri, Huda, Tiera, Yan, Aimie dan our teacher, Teacher Deeyah. Eh sorry, Teacher bukan budak tapi our mum. He3. Yang cocktail tu Huda yang buat. Sedap kan you all. Pandai kau buat Huda.

Saya tolong jugak tau. Saya tolong bukak kan jelly tu. Alaaa apa ye. Sumi tu. Mampuih lah salah eja. Tapi kauorang tau la apa kan. Berapa minit entah lah tak terkira pulak. Yang budak-2 lain pulak diaorang kemas kelas. Yang The Boys pulak tukan menyibuk. He3. Takdalah, diaorang tak buat apa-2 pun. Lama jugak lah nak siapkan semua benda tu.

Actually, saya tunggu kek secret recipe dari Pykaa. He3. SECRET RECIPE tu der. Jangan jealous tau. Takmo takmo. Time Cikgu Farida, Cikgu Ruzaini, Ustazah, Cikgu Mahathir dah datang, Hisyam, our monitor bagi ucapan sikit. Tapi kan saya paling sedih kat Cikgu Salwa lah. Dah lah kitaorang ajak dia pastu time dia baru nak datang kitaorang dah kemas kelas dah. Saya takut sangat dia tersentap. Tadi, puas cari Cikgu Salwa, tapi tak dapat jumpa.

Kenyang gila makan tadi. Kitaorang makan nasi tomato. Sedap tak you all. Eden taktau lah. Nak cakop sodap pun 'bolehlah' nak cakop tok sodap pun 'bolehlah jugak'. Sendiri mau ingat lah. Hihihi. Tapi nasi tu je yang dari kantin. Yang lain kitaorang sendiri yang bikin. Tapi memang best lah wei dapat kumpul sama-2. Kenangan yang saya takkan lupakan lah.

Banyak jugaklah makanan lebih. Kek secret recipe tu pun saya boleh bawak balik. Mungkin dah terlampau kenyang kot. Saya pun tak lepas kan peluang ni dan bawak balik kek secret tu pastu puding mak Aimiey buat. Sedap tau puding tu. He3. Pastu ada lah cenderahati sikit untuk kitaorang. Lepas siap kemas-2 kelas tu kitaorang pun ambik gamba bagi memperingati kelas 3 Bijaksana yang wanted. He3.

Sorry, saya tak letak gamba sebab saya tak suka letak gamba sebab saya lagi suka menaip daripada letak gamba. Pening dah ayat ni. Kitaorang terpaksa kemas awal sebab kelas kitaorang cikgu nak guna. Nak ambik duit RM100. Yeah.. seratus eh. Walaupun tak banyak tapi eden bersyukur. Mak saya jadi orang first yang ambik duit tu untuk kelas 3 Bijaksana. Orang first eh. Jangan taktau. Huhuhu.

Lepas dah ambik duit tu, Saya apalagi ajak terus mak saya balik tanpa bagitau cikgu. Woahaa seronok kan. Pelajar contoh ni. Ikut lah macam perangai saya ye kawan-2.  Saya rasa cukup setakat ni kot sebab jam sekarang dah pukul 12.00 dah ni. Saya dah lah tengah duduk sorang-2 kat luar ni. Hihihii. Takpa-2 Allah sentiasa bersama.

Once again, MALAYSIA BOLEH!!. Ni peringatan eh, kepada seluruh rakyat Malaysia. Jangan serang page indon sebab nanti Allah tarik balik kurnian-Nya. Kalau diaorang nak kutuk biarkan sahaja sebab orang berlagak selalu rugi. Kita tak payah lah nak serang diaorang. Biarkan sahaja apa yang diaorang nak kata. Ini pendapat je lah. Okaylah, hantu galah saya dah balik ni. Esok nak sekolah lagi. Last day ni kena salam-salaman dengan cikgu. Kepada form 3 kita akan jumpa lai time ambik resutl nanti kay. Okaylah, assalamualaikum.

I'll miss this moments.


No comments:

Post a Comment