Time dalam bas tu, saya asyik tido je. Bila nak bukak mata je dia still nak tutup jugak. Taktau lah sebab apa. Macam di santau je. Hikhik. Saya bertolak tu dalam pukul 10.00 pastu sampai dalam pukul 1.00 lebih. Bas tu berhenti kat Pekeliling. Masa saya tunggu mak sedara saya ambik, saya cuci mata lah. Dok ngusha je keje. Hahaha. Tapi, tersangkut jugak kat sorang budak ni. Handsome lah jugak. Bulu kening lebat. I loike.
Lama la jugak tunggu. Haaa masa saya nampak LRT kat atas tu, saya teringat time saya and ma gang pergi Bukit Jalil. Hish!!! Tak habis-2 dengan Bukit Jalili tu. Hehehe. Tunggu punya tunggu akhirnya mak sedara sampai jugak. Pastu dia bawak saya dan Tok saya pergi kat rumah dia. Rumah dia kat Selayang. Nama taman tu Taman Wahyu tak silap. Best doe stay kat situ sebabnya taman tu dekat dengan Tesco. Belakang je.
Nama pun dekat kan. So, kaka sedara saya bawak saya pergi jenjalan ke Tesco tu. Sebabnya, adik dia ada kerja kat situ. So, dia hanta makanan kat adik dia. Adik dia tu sebaya je dengan saya. Best woo sebab diaorang buat macam rumah sendiri je. Kitaorang pergi tu dalam pukul 4 petang. Pastu balik nak dekat pukul 7.30 malam. Hehehe terlampau syiok lah kate kan. Dekat situ, saya cuma cuci-2 mata jugak. Tapi takda yang terlekat. Huhuhu.
Pastu, balik-2 tu terus mandi apa semua tu. Pastu tak lama lepas tu pak sedara saya yang nak konvo tu datang jugak. Family diaorang pun stay kat situ jugak. Tapi, bagus lah jugak diaorang stay kat situ sebab anak dia iaitu adik sepupu saya kamching gila dengan saya. Dia lah yang selalu kongsi rahsia, gosip-2 dengan saya. Hehehe. Pastu, lepas makan malam kan, saya, Hany, ude, angah dan Syamil <--- semua adik sepupu saya yang kamching pi Tesco. Saje je jalan-2. Hehehe. Kitaorang main gamne kat situ. Alaa main game yang masuk token tu. Best tau tak. Saya dengan Hany tu main bowling yang kanak-2 punya. Malu doe. Sebab nya permainan kat situ semuanya bawah 13 tahun. Tapi, kitaorang pun join. Tak malu betul lah.
Ni lah budak 4 orang tu tak termasuk budak kecik.
Kitaorang pergi tu dari pukul 10.00 malam hingga 11.00 malam sebab Tesco tu tutup pukul 11.00. Time kitaorang pergi tu pun, banyak kedai-2 dah tutup. Main punya main akhirnya kitaorang pun balik lah. Balik-2 tu terus bentang segala tempat tido pastu terus tido.
Keesokannya pulak, pagi tu tak pergi mana-2 pun, temgah hari tu baru pergi PWTC sebab pak sedara saya tu nak ambik jubah tu. Time pergi tu, Ya Allah, sesak lah jugak. Tambah-2 cuaca masa tu agak panas terik lah. Sesuai lah kalau nak sidai baju tu. Huhuhu. Afta siap-2 ambik jubah tu, pak sedara saya pergi kat satu kedai untuk ambik gambar tu. Yang jadi salesgirl tu perempuan Cina. Comel tau kakak tu. Sporting pulak tu. Saya masih ingat lagi dia cakap macam ni ' orang yang baik '. Sebabnya, hmmm susah nak terangkan. Kang jadi panjang berjele lah pulak. Lepas siap-2 tempah segala benda tu, kitaorang pun balik lah.
Eh!!! Tak balik lagi lah sebab kitaorang pi jenjalan dulu ke KL. Mula-2 anak dia yang Hany tu ajak baba dia pergi Times Square tapi baba dia kata jauh ke apa entah. Last-2 kitaorang pergi Sogo je lah. Time masuk je Sogo tu, mak aih sesak gila bhai. Sesak nafas aku. Sebab time kitaorang pergi tu tengah sales. So, pak sedara aku tu nak belanja isteri dia sebab 24 december ni birthday dia. Penat aku ikut mak chu aku tu. Haih!! Sakit kaki ni.
Lama lah jugak cuci mata. Bukan cuci mata yang tu lah, tapi, tengok-2 handbags, purse, dan banyak lagi kat situ. Saya ada jumpa satu slingbag ni. Warna dia putih. Cantik siot. Saya nak beli tapi purse tertinggal. Hanya mampu tengok je lah. Kesian!!!
Lepas dah siap-2 beli segala benda tu, akhirnya kitaorang balik jugak. Haa sebelum tu, time saya, Hany dan Mak Chu saya pergi ke KFC, saya dan Hany ada jumpa seorang budak ni. Dia makan dengan mak dengan ayah dia. Eh!! Apa kena mengena nya. Haaa budak tu handsome. Hihihi. Okay, enough pasal tu. Masa kitaorang tunggu Mak Chu saya beli ayam, ada seorang budak perempuan ni. Dia pakai baju putih pastu dia jual surah-2 Al- Quran. Saya pun cakap 'takpalah' tapi macam kesian pulak.
Pastu tak lama lepas tu pulak, ada sorang mak cik ni pulak dia minta duit. Dia cakap 'mintak duit, mau makan'. Aku pun geleng-2 kan kepala. Aku bukannya taknak bagi, tapi duit aku tak bawak. Kalau aku bawak duit, dah lama aku kasi. Kesian jugak tengok nya. Tapi apakan daya. Makcik, I'm Sorry, I Love You. Hahaha.
Pastu, kitaorang pun beredar lah dari tempat tu pastu pi makan ayam tu dekat kedai apentah nama nya. Kitaorang just mintak air je. Makan punya makan, last-2 kitaorang betul-2 balik. Balik-2 tu terus mandi pastu solat semua tu. Malam tu tak pergi mana-2 pun sebab kena tido awal sebab esoknya lah yang Ayah Chu saya pergi konvo.
Next day, dalam pukul 11.00 pagi tu, Ayah Chu, Mak Chu, Tok, Hany, Syamil, Dina dan saya pergi dulu ke PWTC tu. Actually, 2 orang anak dia lagi tak bawak tapi sebab aku memey nak pergi, so, dia bawak aku dulu. Saya sebenarnya malas nak cerita pasal apa yang berlaku kat situ sebab banyak sangat. Tapi, saya ingat satu kejadian ni. Kepada Hany, sorry to say eh. Akak nak story jugak.
Macam ni, adik sepupu saya yang Hany tu dia pakai baju kurung pastu dengan tudung labuh nya. Mana taknya dia kan sekolah agama. Pastu bawak handbag. Handbag pulak tu kalau slingbag tak pa. Nak di jadikan cerita, masa tu saya, Hany pastu 2 orang adik dia yang nakal ya amat tu lebih-2 lagi si Irdina Zulfa tu. Umur dia baru 2 ke 3 tahun entah lah. Susah nak jaga.
Dua orang budak yang nakal sangat tu.
Okey, masa tu kitaorang berempat makan lah aiskrim yang harga dia 3 hinggit. Tengah makan tu, ada lah sorang abang ni, dia datang lah kat kitaorang. Dia bawak kertas untuk promosi kan tempat tuisyen kan. Dia cakap apa kat Hany. Dia cakap macam ni 'cik eh kak' (sambil bagi kertas tu). Kauorang faham tak situasi ni. Time abang tu nampak Hany dari belakang, dia cakap Hany tu cik pastu lepas tengok muka hany, dia panggil kak pulak. Tapi, Hany tu takda lah tinggi sangat. Tetiba abang tu panggil dia 'kak'. Pastu Hany pandang saya macam tak puas hati je. Hahahaha, sian aok Hany, takpa lah rezeki jadi dewasa. Hihihi.
Hany yang pakai baju kurung tu lah. Kecik je sebenarnya.
Lepas hampir 7 jam dekat dalam PWTC dan menunggu Ayah Chu saya siap, akhirnya kitaorang pun balik dengan rasa penat yang teramat sangat. Sebelum balik tu, kitaorang ada lah snap pics sikit-2. Pastu malam tu takda apa-2 aktiviti pun. Huhuhu.
Ni le Ayah Chu dan Mak Chu saya.
Saya pun nak jugak.
Ni ha. Hahaha muka macam tak mandi je. Tapi, dapat lah rasa pakai jubah. Ekau hada!!
Pastu hari isnin, 12 haribulan tu, saya, Tok dan family Ayah Chu berpindah tempat pulak. Kitaorang duduk kat rumah Pak Jang saya kat Cheras. Nama tempat tu Bandar Tun Hussein Onn. Rumah dia tu apartment kot. Alaaaa saya taktau beza lah antara apartment dengan kondo. Hmm, paham-2 je lah. Okay, apartment tu ada 5 tingkat tapi takda lif. Rumah Pak Jang saya tu tingkat paling atas iaitu tingkat 5. Tapi, takda lif. Fulamak, penat woo naik tanggan dengan bawak beg banyak segala. Tu yang saya cakap , taknak turun dah lepas ni. Duduk kat situ tak pergi mana-2 pun ye lah malas turun naik. Huhuhu.
Kitaorang stay kat situ sampai hari rabu je. Hari rabu tu family Ayah Chu saya pergi Putrajaya. Diaorang stay kat rumah kakak sepupu saya. Tapi, saya dan Tok saya balik semula ke Selayang. Sebab kitaorang berpecah sebab tak muat kereta. Hahaha.
Hari khamis tu family kitaorang semua, sepupu-sepapat kitaorang pergi satu tempat tu. Tempat tu? Tempat mana? Hmmm, biarlah rahsia. Biar kitaorang sekeluarga je tau. Hehehehe. Saya bagitau tempat je lah. Kitaorang pergi Rawang kot. Lepas siap-2 tu kitaorang pun balik lah. Tapi tak balik lagi, kitaorang pergi rumah kakak sepupu saya pulak kat Bukit Beruntung. Nasib lah rumah dia kat tingkat satu je. Lepas makan-2 tu, kitaorang pun balik lah. Lepas balik tu terus berehat. Penat seharian berjalan.
Ni lah kat rumah kakak sepupu saya kat Bukit Beruntung.
Keesokan paginya, saya dan Tok saya pun balik lah ke Jengka. Dalam bas tu macam biasa lah, asyik tido je. Huhuhu. Pastu, dalam pukul 12 lebih, bas pun sampai lah kat simpang Jengka 14. Pastu kan, saya takda kredit nak call Pak Lang saya, pastu saya merayu kat Hanim mintak singgit kat dia. Dia dengan sporting nya bagilah singgit. Tapi, saya cakap kat dia yang saya akan ganti balik kredit dia tapi 5 hinggit saya bagi dia.
Lepas balik tu, saya terus call mak saya cakap suruh ambik hari Jumaat tu juga tapi mak saya cakap nak ambik hari sabtu. Saya merungut lah saya cakap nak jugak balik hari Jumaat. Tapi, mak saya pujuk saya akhirnya saya nak jugak balik hari sabtu. Huhuhuhu. Saya rindu lah dengan Facebook, Blog ni, pastu saya cakap kat Aida saya rindu nak tengok page Nazmi. Hahaha gedik betul. Okay, enough pasal tu.
Okay lah kot. Dah panjang dah ni saya post. Next next day pulak eh. Wassalam..
No comments:
Post a Comment