Malam Sinaran Remaja

Assalamualaikum, sihat semua. Result PMR nak keluar dah ni. Kepada form 3 students, good luck okay. Dalam seminggu ni, kauorang buat lah solat hajat lepas solat Maghrib okay. Pastu minta lah kepada Dia supaya berikan apa yang kauorang nak. InsyaAllah. Jangan lupa doakan untuk aku sekali. Aku pun selalu doakan untuk kauorang semua. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan jua.


Okay lah, semalam iaitu hari ahad, kelab remaja ada buat majlis makan malam. Tapi ini untuk remaja je. Aku tak pastilah remaja PPPTR je ke atau sebaliknya. Hmmmm, nak cakap seronok pun tak, nak cakap pun tak seronok pun tak jugak. Yang pergi nya, mesti lah set-2 aku iaitu Aida, Hanim, Syue dan Ain only. Eh, lupa, termasuk Mira Rasdan jugak. Ieqa tak pergi sebab dia pergi Sabah kot.

Ni sebelum pergi ke dinner. Hehehe.

Aku pergi dari rumah dalam pukul 8.00 malam. Pastu ambik Aida dan Mira Rasdan kat rumah diaorang. Smpai-2 je kat dewan tu, nampak Syue tapi nak masuk segan. Nasib baik ada Cik Suradi. Dia yang panggil masuk. Segan wooo... Hehehe #gedik#. Lepas masuk tu, cop lah tempat. Pastu tak lama lepas tu, Aida call Hanim suruh cepat sikit.

Pastu Hanim dan Ain pun datang lah. Hanim tetiba jadi  shy girl pulak. Dia berjalan sambil tutup tepi muka. Hahaha. Aku dengan Aida mengusik dia, cakap ' weh Hanim, apesal kau tetiba jadi pemalu ni'. Huhuhu. Hanim malam tu lawaaaaa....

Pastu tak lama kemudian, bunyi kompang kedengaran sebab menyambut Cik Aziz. Lepas semua dah duduk tempat masing-2, Syakir baca doa pembukaan majlis tu. Lepas tu Cik Aziz tu ada cakap-2 sikit. Aku rasa kan takda sapa pun dengar apa yang dia ucapkan sebab kitaorang terlampau lapar. 

Muka Aida lapo..

Lepas mc tu cakap 'para hadirin dijemput menjamu selera' semua orang terus makan dengan pelahap sekali. Sambil makan tu, ada persembahan. Tapi aku tak tengok sangat.

Ni lah dia.

Lepas siap persembahan tarian tu, kitaorang di sajikan dengan pelbagai persembahan. Diaorang buat lakonan. Ada 4 group tak silap aku sebab ada satu lakonan tu tak berapa sangat.

Group Angry Bird.

Cerita dia macam ni, anak (red shirt) minta kebenaran nak keluar dari ayah dia (berkopiah). Anak dia cakap nak pergi tengok orang sakit ke apa tapi rupa-2 nya anak dia nak pergi meremp-it. Aku ada video dia tapi tak boleh upload lah. Nanti lah aku try lagi.

Aku paling nak tergelak time diaorang racing tu lah. Guna RXZ tu.. Caya lah. Nak tengok tak macam mane rupa RXZ tu.


Haaa tu lah motor RXZ nye. Canggih tak? Memang canggih beb!!.. Hahaha. Lepas tu, si anak accident dan terus bawak ke hospital. Time part kat hospital tu lah yang agak kelakar. Syakir iaitu si ayah tu memey menjadi lah lakonan dia. Pastu, the end..

Lepas tu pulak lakonan dari group apentah, dia takda nama kot. Takpun aku yang tak dengar dia cakap. Cerita dia pasal apentah aku dah lupa... Ni ha ada serba sedikit gamba lakonan diaorang.


Yang pakai cap tu Erhaizuan. Nama glemer dia ialah Shah. Hahaha. Set-2 dia agak jahat lah sebab diaorang ajak orang buat jahat. Nasib lah budak tu tak ikut dia time dia nak buat jahat. Hehehe sikit-2 je aku ingat.

Haaa pastu persembahan yang lepas tu aku suka gile. Aku cakap lah rugi tak rakam sampai habis. Nama group ni Hagemaru.


Best tau. Cerita dia macam ni, anak dia (yang berdiri) tu nak pergi KL sebab di tawarkan kerja tapi time dia mintak kat ayah dia tu ayah dia tak bagi pastu anak-2  tengking ayah dia. Time budak tu tengking tu kan, Hanim ah terkejut aku dia pun ikut sekali tengking nya tapi bukan tengking, dia menjerit. Kelakar betullah. Then, diaorang pun pergi KL. Aku suka time diaorang dkat disco tu. Hahaha, kira macam diaorang ni jadi budak liar lah. Lepas tu mak diaorang call yang bapak diaorang meninggal.


Ni lah time budak 2 orang tu mintak maaf kat mak diaorang bagai. Pastu, group yang lepas tu tak berapa best sangat. Eh!! Aku lupa lah nak cakap. Aku dapat cabutan bertuah. Ni sebab mulut Syaza yang masin tu. Time Cik Lan Raji sebut nama NorShahira tu aku dah berdebar pastu dia sebut sekali dengan nama bapak, aku lagi lah gerun. Nak gugur jantung ni weh.. Malu siot!!

Then, nak dekat last sikit, ada lah 2 orang yang bertuah. Asal nya? Haaa diaorang dapat hamper. Sebabnya baju diaorang ni ikut tema iaitu tema dia hitam putih.

Ni bagi lelaki. Smart ke? Smart lah jugak.

Ni pulak bagi perempuan. Baju dia macam aku penah tengok je. Kauorang penah tengok tak.

Sebelum balik tu, ada lah 2 penyanyi yang datang dari 'luar negara' buat persembahan. Hahaha, bukan lah. Erhaizuan dengan Aidil yang nyanyi. Tapi aku salute ah kat siapa yang main drum guna baldi je tau. Kreatif tapi bunyi dia best tau tak.


Video aku rakam ade tapi taktau macam mane nak masukkan. Nanti kalau ada masa aku upload kat FB ye. And last sekali. Tara.....


Aku dan Hanim bertuah pada malam tu. Hihihi, mulut Syaza punya pasal. Dia yang cakap 'harap-2 lah ira dapat' pastu 'harap-2 lah kak Hanim dapat'. Haih Syaza takpa kau, harini hari kau, esok lusa hari aku pulak. Tengok lah nanti. Tapi bersyukur lah dapat hamper tu walaupun dalam dia sikit. Okay lah, nak bye dah ni. Wassalam.



No comments:

Post a Comment