Alhamdulillah, Ya Allah.

Assalamualaikum, hari ni saya sangat gembira sebab result PMR saya dapat straight A's. Memang tak sangka gila-2 lah. Sekolah kitaorang ada 18 orang je yang dapat straight A's. Mula-2 tu saya memang tak jangka saya dapat sebab sebelum pergi dari sekolah tu, Aimie ada text aku. Dia nak tanya macam mane nak guna sms tapi aku taktau.

Then, dia cakap kat aku yang Cikgu Faudzi cakap dia tak lepas dapat 8A. Aku cakap lah kat dia yang dia tipu tapi dia cakap Cikgu Faudzi cakap kat ayah dia. Takkan cikgu nak tipu ayah dia. Time tu aku rasa nak pengsan. Pastu aku cakap kat dia macam ni 'hmmm, kalau kau tak dapat 8A mesti aku pun tak dapat jugak'. Pastu dia cakap 'jangan lah cakap macam tu, insyaAllah kau dapat'. Aku pun aminn je lah.

Lama jugak aku tunggu mak aku ambik aku kat rumah. Dalam pukul 10.35 baru lah mak aku sampai. Alhamdulillah, nasib tak hujan. Dalam perjalanan tu aku text dengan bff aku sorang ni. Dia pulak otw ke sekolah dia. Kat Negeri Sembilan tu. Dia cakap taktau nak baca surah apa lagi.

Pastu sampai-2 je kat sekolah, orang first yang aku nampak ialah Syue. Pastu turun je dari motor baru aku nampak budak-2 lain. Time tunggu cikgu datang, kitaorang borak-2, tergelak-gelak. Macam takda apa-2 berlaku pun. Hehehe kitaorang kan. Kalau jumpa dengan budak ni memey selalu tergelak lah. Nak nak lagi Hanim tu. Macam apentah kau nyah. Hihihi #gurau je#.

Pastu tak lama lepas tu Cikgu Faudzi dan cikgu-2 lain keluar dari pejabat pastu bawak ke hall. Masuk je hall tu kitaorang kene ambik kerusi sendiri. Pastu Pengetua ada cakap sikit-2. Dia cakap sekolah kitaorang still di atempat ke tiga dalam daerah Jerantut. Baru je nak pecah rekod. Hmm takpa lah takda rezeki jadi tempat pertama.

Kini masa yang ditunggu-tunggu kan bagi semua pelajar dan parents pelajar. First cikgu cakap yang dapat straight 9A dulu. Nama first yang di panggil ialah Syida. Then, Izzati. Dikuti dengan pasangan kembar iaitu Syahirah dan Syafiqah Kadar dan nama last sekali ialah Tiqah Latif. Tiqah dengan Izzati tu tak payah cakap lah memang confirm-2 dapat lah.

Pastu kini nama budak yang dapat 8A. Nama first sekali ialah Nizam. Time tu ramai terkejut tapi tepuk tangan dengan gemuruh sekali. Nama kedua ni memang ramai terkejut. Kalau budak PPPTR tau lah. Nama kedua Salman pastu Joe then Pudin. Aku cakap 'mana nama perempuan ni. Pastu nama Nisah then nama Aimie. Time nama Aimie di umumkan tu aku cakap 'lah Aimie kata tak dapat' Pastu nama Nana pastu nama Tikah Rahim.

Aku rasa cikgu sebut ikut angka giliran kot. Nama Nana lepas nama aku kan, aku pikir kalau nama Nana mesti nama aku tapi tetiba nama Tikah. Aku cakap kat Aida 'weh, aku tak dapat kot' . Tapi maybe Aida tak dengar sebab dia buat taktau je. Lepas je nama Tikah di umumkan, nama aku pulak. Aku terkejut sangat-2. Aida lah cakap 'wooo Ira'. Aku pulak macam pane. Aku tak sangka sebenarnya. Time tu mata aku dah berkaca dah. Then, lepas je aku ambik result tu aku pergi kat belakang.

Masa kat belakang tu, aku nampak Izzati, Tikah Rahim, Nisah dan Aimie je. Pastu aku salam Tikah dan Nisah sambil peluk diaorang dan cakap 'tahniah!!'. Pastu aku cakap kat Aimie 'weh Aimie tipu aku'. Dia pun cakap 'laa aku mana tau. cikgu yang tipu aku'. Hehehe cikgu saje buat suspens. Lama jugak aku tenung slip periksa tu. Tak sangka lah katekan. Dalam hati aku ni aku cuma cakap satu je. Aku cakap 'alhamdulillah banyak-2 kali.

Then, mak aku keluar dari dewan. Aku pun dengan laju pergi dapatkan mak aku. Sambil peluk dan nangis. Mak aku kata apa 'akak sorang je yang dapat 8A'. Ye lah abang-2 aku dulu mana dapat. Aku cakap kat mak aku 'terima kasih mak'. Banyak kali aku cakap macam tu. #sekarang ni air mata aku tengah menitik#.

Then aku cari Aida sebab nak ambik phone aku sebab aku suruh dia pegangkan. Pastu budak ni cakap tahniah kat aku. Aku pun cakap lah terima kasih. Thanks kat sape yang ucapkan tau. Kat kauorang pun aku ucap tahniah jugak. Haaa Pykaa, aku baru sedar yang line kite semua dapat 8A. Means, aku kau dan Huda kan duduk sebaris. Wah untungkan. Kau tu dah la kuat makan dalam kelas tapi boleh dapat 8A. Tu maknanya kau makan sambil dengar apa yang cikgu ajar. Kan!!! Hehehe aku ucapkan kat kau eh. Kat Huda pun sama. Haaaa Mira si kecil pun sama. Kalau kat budak lelaki pulak, Pudin dan Hisyam tahniah. Mesti Cikgu Aziati bangga kan dengan kita.

Then, taraaa


Yes, itu lah hasilnya. Setelah bertahun-tahun aku pergi sekolah, belajar, dengar cikgu membebel (untuk kebaikan), pergi tusyen (tak pernah ponteng), pastu pergi sana sini akhirnya Allah bagi rezeki aku dapat 8A. Sebelum ni kan time UPSR kan aku tak dapat 5A, so, aku dah dapat rasakan macam mane rasanya dapat straight A's. Kepada cikgu-2 SMK PPPTR, saya ucapkan terima kasih especially kepada guru kelas ku yang tersayang iaitu Cikgu Aziati. Tak lupa jugak kepada Teacher Deeyah. Teacher, i give you A for English. Ye la sebelum ni tak pernah bagi teacher A pun.

Kepada Cikgu Ruzaini pun sama. Saya pun tak pernah bagi cikgu A. So, saya dah bagi cikgu A dah. Haaa Cikgu Faudzi pun sama. Saya pun tak pernah bagi cikgu A. Hehehe. Dan semua cikgu-2 yang mengajar kelas B eh. Terima kasih tak terhingga. Okeylah cukup sampai disini hujahan saya. Hehehe. Wassalam,alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment